Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Serangan pisau di gereja Sydney dikaitkan dengan pelampau agama

Apr 16, 2024 | 10:38 AM



SYDNEY: Serangan ganas bersenjatakan pisau ketika upacara keagamaan di sebuah gereja diisytihar sebagai ‘tindakan pengganas’ yang didorong oleh ekstremisme agama, kata polis Australia pada 16 April.


Menurut laporan, sekurang-kurangnya empat orang cedera dalam serangan itu, termasuk paderi, Mar Mari Emmanuel, dari Gereja Assyrian Christ The Good Shepherd semasa upacara yang disiarkan secara langsung di pinggir bandar Wakeley, barat Sydney, pada 15 April.

Penyerang remaja berusia 16 tahun meluru masuk ke gereja sebelum menikam paderi itu yang sedang menyampaikan ucapan.

Pemimpin gereja berkenaan dilihat rebah ke lantai dan kedengaran suara jeritan pengikutnya yang kemudiannya menerpa ke arahnya untuk membantu sebelum siaran langsung itu terputus.

Kejadian terbabit berlaku selepas tiga serangan ganas bersenjatakan pisau yang meragut enam nyawa pengunjung di pusat beli-belah Westfield Bondi Junction.

Polis Australia menembak mati penyerang berkenaan. Insiden di gereja itu turut mencetuskan pertembungan antara orang ramai dengan polis di luar kawasan rumah ibadat berkenaan.

Menurut Pesuruhjaya Polis New South Wales Karen Webb: “Kami percaya ada unsur dari segi ekstremisme bermotifkan agama.”

Sementara itu, Perdana Menteri New South Wales, Encik Chris Minns, bersama pemimpin Kristian dan Islam, menyeru supaya semua pihak bertenang.

“Kami menyeru semua orang untuk bertindak dengan baik dan menghormati antara satu sama lain. Sekarang adalah masa untuk menunjukkan bahawa kami kuat dan bersatu,” kata kenyataan itu. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >