Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS sedia pakej bantuan senjata $2.9b buat Ukraine

Feb 02, 2023 | 05:30 AM



WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) telah menyediakan pakej bantuan ketenteraan bernilai AS$2.2 bilion (S$2.9 bilion) kepada Ukraine, menurut dua pegawai dalam taklimatnya kepada agensi berita Reuters kelmarin.



Pakej tersebut termasuk, buat pertama kalinya, peluru roket jarak jauh.



Lain-lain peralatan peluru dan senjata juga turut disertakan dalam pakej berkenaan.



Bantuan senjata itu dijangka akan diumumkan selewatnya hujung minggu ini, kata pegawai itu.



Pakej itu juga dijangka mengandungi peralatan bantuan sistem pertahanan udara Patriot, senjata canggih berpandu ketepatan dan senjata penangkis kereta kebal, Javelin, ujarnya.



Salah seorang dari mereka berkata sebahagian pakej itu, bernilai AS$1.75 bilion, adalah dari dana Inisiatif Bantuan Keselamatan Ukraine (USAI).



Ia membolehkan pentadbiran Presiden Joe Biden membeli peralatan senjata daripada industri, dan bukan mengambilnya daripada simpanan stok senjata AS.



Dana USAI itu akan digunakan untuk membeli senjata baru Bom Berukuran Kecil yang Dilancarkan dari Darat (GLSBD), yang berupaya diluncurkan dari jarak 150 kilometer.



AS telah menolak permintaan untuk peluru berpandu ATACMS jarak 297 kilometer.



Peluru GLSDB jarak jauh itu membolehkan Ukraine menyasarkan serangan ke arah kemudahan ketenteraan, yang selama ini tidak dapat dilaksanakannya, dan membantunya melancarkan serangan balas yang dapat menggugat Russia jauh dari perbatasannya.



Reuters pertama kali melaporkan saranan syarikat Boeing untuk membekalkan senjata GLSDB itu kepada Ukraine pada November tahun lalu.



Rumah Putih enggan memberikan sebarang ulasan mengenainya.



Sebagai tambahan kepada dana USAI itu, bantuan bernilai lebih AS$400 juta dijangka datang dari dana Penguasa Pengeluaran Presiden, yang membolehkan presiden mendapatkannya dari simpanan stok AS yang ada sekarang, pada masa darurat.



Bantuan itu dijangka meliputi bekalan kenderaan pelindung serangan hendap kalis periuk api (MRAP), sistem roket pelancar berganda berpandu (GMLRS) dan bekalan peluru. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >