Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Sabah, Sarawak akan diwakili 1-2 Timbalan Perdana Menteri

Nov 01, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Kededua Sabah dan Sarawak mungkin akan diwakili oleh seorang, atau mungkin juga dua, Timbalan Perdana Menteri (TPM) baru selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15) pada 19 November.



Dua perikatan politik utama yang sedang bersaing bagi mendapatkan kuasa - Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) - telah mengumumkan bahawa sekiranya mereka membentuk kerajaan, jawatan TPM itu akan diwujudkan bagi dua negeri terbesar Malaysia itu.



Sekiranya ini berlaku, ia bermakna ini kali pertama terdapat TPM dari negeri Borneo itu dalam sejarah Malaysia selepas kemerdekaan daripada Britain pada 1957.



Kesemua 13 TPM Malaysia sejauh ini berasal dari Semenanjung Malaysia.



Sebanyak 25 peratus daripada kerusi Parlimen, atau 56 kerusi, dimiliki Sabah dan Sarawak.



Sarawak mempunyai 31 Ahli Parlimen, yang juga jumlah Ahli Parlimen tertinggi yang dimiliki sesebuah negeri.



Sementara itu, Sabah pula mempunyai jumlah Ahli Parlimen ketiga tertinggi - atau seramai 25 orang - selepas Johor yang mempunyai 26 Ahli Parlimen.



Dalam Parlimen ke-14 yang baru dibubarkan, BN mempunyai 42 Ahli Parlimen manakala PH mempunyai 90 Ahli Parlimen.



Kedua-duanya sedang giat berusaha mewujudkan pakatan bersama parti di Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan majoriti di Parlimen dalam PRU15 akan datang untuk membentuk kerajaan.



Semasa berkempen di Sabah baru-baru ini, pengerusi BN dan presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata perikatan itu mungkin mengesyorkan agar tiga jawatan dimasukkan dalam manifesto BN Sabah, dengan jawatan kedua tertinggi kerajaan itu dicadang diisi oleh wakil rakyat dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung.



"Tidak mustahil untuk mempunyai tiga TPM masing-masing satu dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Ini kerana jawatan TPM tidak ada dalam Perlembagaan. Itu sebabnya tidak ada jawatan TPM (ketika ini), yang ada hanyalah empat jawatan menteri kanan.



"Jadi, tidak mustahil kalau (ada) tiga jawatan TPM jika BN menang dengan dominan, maka jawatan itu akan disandang oleh mana-mana pemimpin dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung untuk mengisi jawatan kedua penting negara," katanya.



Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata cadangan BN untuk melantik tiga TPM jika gabungan itu memenangi PRU15 akan datang harus dijadikan manifesto terlebih dahulu sebelum ia boleh dilaksanakan.



"Tidak tahu lagi (calon TPM), biar kita menang PRU15 dulu. Kalau perkara ini ada dalam manifesto kita, tentu saja kita akan pastikan ia dilaksanakan," ujar beliau baru-baru ini.



Sementara itu, PH mengekalkan cadangan sebelum ini supaya dua jawatan TPM diwujudkan jika gabungan itu dipilih menerajui kerajaan selepas PRU15.



Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata menerusi Setiausaha Akhbarnya, Tunku Nashrul Tunku Abaidah, bahawa cadangan itu merangkumi seorang TPM masing-masing dari Semenanjung dan seorang lagi untuk mewakili Sabah dan Sarawak. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >