Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Russia kutuk Senator AS cemuh Moscow

May 29, 2023 | 04:45 PM



MOSCOW/WASHINGTON - Russia mengutuk Senator Amerika Syarikat, Encik Lindsey Grahm, pada Ahad lalu kerana memberitahu Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, semasa lawatannya ke Kyiv bahawa sokongan Amerika kepada Ukraine adalah perbelanjaan yang terbaik oleh Washington dan “Russia sedang menghadapi kematian.”

Dalam pertemuan antara mereka pada Jumaat lalu, Encik Zelensky memberitahu Encik Graham bahawa “sekarang kami telah bebas.”

“Dan Russia sedang menghadapi kematian,” kata Encik Graham, menurut satu rakaman video yang dikeluarkan oleh perkhidmatan akhbar pejabat presiden Ukraine.

Dalam satu lagi bahagian rakaman video itu, Encik Graham berkata sambil tersenyum: “Ini adalah perbelanjaan yang terbaik yang pernah kami belanjakan.”

Urutan sebenar ulasan yang di ungkapkan oleh Encik Graham itu tidak jelas berdasarkan video yang dikeluarkan oleh pejabat presiden itu.

Pejabat Presiden Ukraine juga tidak segera memberikan jawapan pada Ahad lalu, atas permintaan bagi mendapatkan transkripsi penuh ulasan yang dibuat oleh Encik Graham semasa pertemuan itu.

Russia mengutuk ulasan Encik Graham itu.

“Susah untuk membayangkan betapa malunya bagi sebuah negara mempunyai seorang senator seperti itu,” kata seorang jurucakap Kremlin, Encik Dmitry Peskov, yang dipetik oleh saluran Shot Telegram.

Timbalan Majlis Keselamatan Russia, Encik Dmitry Medvedev, menyifatkan Encik Graham, 67 tahun dari Parti Republikan, sebagai orang tua ‘bangang’.

“Orang tua bangang itu, Senator Lindsey Graham berkata bahawa Amerika Syarikat tidak pernah membelanjakan wang dengan jayanya sebelum memberi untuk membunuh Russia,” kata Encik Medvedev. “Dia tidak seharusnya berbuat demikian.”

Seperti biasa, jentera propaganda Russia telah bekerja keras, kata Encik Graham kepada agensi berita Reuters, dalam kenyataan yang dikirim melalui e-mail pada Ahad lalu.

Encik Graham merujuk kepada ulasan Encik Medvedev mengenai lawatannya ke Kyiv, yang dibuat bagi meminta Washington mengirim lebih banyak senjata kepada Ukraine.

Encik Graham berkata, beliau memberitahu Encik Zelensky “bahawa Ukraine telah mengamalkan mantera Amerika, “Hidup Bebas atau Mati.” Ia adalah satu pelaburan yang baik bagi Amerika membantu membebaskan Ukraine daripada jenayah perang Russia.”

Beliau menambah, “Encik Medvedev, jika anda mahu menghentikan Russia dari menghadapi kematian di Ukraine, berundurlah. Berhenti menyerang. Hentikan jenayah perang ini. Sebenarnya, anda dan (Presiden Vladimir) Putih tidak mengambil berat tentang askar-askar Russia,” katanya.

Penasihat presiden Ukraine, Encik Mykhailo Podolyak, berkata melalui Twitter pada Ahad lalu, pelaburan terbaik yang boleh dibuat oleh Amerika dan Barat adalah “mendapatkan kemenangan tanpa syarat bagi Ukraine.” - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >