Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rumah Putih: Serangan Iran gagal dan memalukan

Apr 16, 2024 | 12:58 PM



WASHINGTON: Serangan udara besar-besaran Iran ke atas Israel adalah “kegagalan yang menakjubkan dan memalukan”, kata Rumah Putih selepas tentera Amerika Syarikat membantu menembak jatuh kebanyakan peluru berpandu dan dron Iran itu.


“Saya telah melihat laporan bahawa serangan Iran berakhir dengan kegagalan yang menakjubkan dan memalukan,” kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara, Encik John Kirby, dalam satu taklimat media.

“Saya juga pernah mendengar Iran menyatakan bahawa mereka telah memberi amaran awal untuk membantu Israel menyediakan pertahanannya dan mengehadkan sebarang kemungkinan kerosakan. Semua ini adalah palsu,” tambahnya.

Pegawai Amerika sebelum ini berkata bahawa Iran menghantar mesej melalui Switzerland kepada Washington yang memaklumkan mereka berhasrat bertindak balas terhadap serangan Israel ke atas kedutaannya di Syria yang membunuh seorang jeneral tertinggi Iran.

Encik Kirby berkata bahawa kini terserah kepada “keputusan Israel untuk melakukan” sama ada dan bagaimana ia akan bertindak balas.

Ditanya sama ada Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, telah menggesa Israel agar menahan diri selepas berjaya menepis serangan Iran, Encik Kirby berkata presiden “menggesa Perdana Menteri Israel agar memikirkan apa yang dikatakan sebagai kejayaan dan kesannya terhadap seluruh rantau itu”.

Iran melancarkan ratusan peluru berpandu dan dron ke atas Israel pada 13 April sebagai tindak balas terhadap serangan 1 April ke atas Konsulat Iran di Damsyik, Syria, di mana sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh, termasuk tujuh penasihat tentera.

Beberapa peluru berpandu dilaporkan melanda wilayah Israel, satu daripadanya merosakkan kemudahan ketenteraan Israel di selatan negara itu.

Sebahagian besar serangan peluru berpandu dan dron Iran itu telah dipintas oleh tentera Israel dan dengan bantuan Amerika. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >