Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Putera Mahkota Saudi, Putin bincang sidang puncak Brics, pasaran tenaga

Sep 07, 2023 | 02:13 PM



RIYADH: Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Arab Saudi, Encik Mohammed Bin Salman, dan Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, mengadakan perbincangan menerusi panggilan telefon pada Rabu.


Semasa panggilan telefon, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengkaji semula hubungan dua hala antara Arab Saudi dengan Russia dan cara untuk membangunkannya dalam bidang yang berbeza.

Putera Mahkota dan Encik Putin juga membincangkan beberapa topik kepentingan bersama, termasuk sidang kemuncak Brics (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan) yang diadakan baru-baru ini.

Ini adalah tambahan kepada kesungguhan Arab Saudi untuk membina perkongsian ekonomi dan aspirasinya untuk bekerjasama dengan negara-negara Brics.

Kedua-dua pihak juga menekankan usaha berterusan untuk menstabilkan pasaran tenaga global.

Laporan media sebelum ini menyebut bahawa Iran, Arab Saudi, Mesir dan Amiriah Arab Bersatu (UAE) dijangka menjadi anggota baru Brics.

Keempat-empat negara itu adalah antara 23 negara yang menyatakan hasrat menyertai Brics, termasuk Argentina, Algeria, Tunisia dan Turkey dalam usaha mengekalkan keseimbangan geopolitik dunia.

Ini juga merupakan hasil rumusan sidang kemuncak Brics di Johannesburg pada 22 hingga 24 Ogos lalu. Ia dihadiri pemimpin China, India, Brazil dan Afrika Selatan. Russia diwakili Menteri Luar, Encik Sergey Lavrov, dengan Encik Putin menyertai sidang puncak itu melalui persidangan video.

Dalam pada itu, wakil Amerika Syarikat, Britain dan Kesatuan Eropah (EU) sedang melawat UAE di tengah-tengah kebimbangan mengenai penghantaran barangan, termasuk cip komputer, ke Russia yang boleh membantu Moscow dalam peperangannya terhadap Ukraine.

Pegawai kanan Barat tiba di negara Teluk itu minggu ini untuk membincangkan sekatan ke atas Russia, ketika kebimbangan meningkat bahawa Moscow memintas mereka melalui pelbagai cara, seorang jurucakap kedutaan Amerika memberitahu CNN pada Rabu.


Laporan itu datang susulan daripada satu lagi laporan oleh Wall Street Journal (WSJ) pada Isnin – memetik pegawai Amerika dan Eropah – yang membincangkan rancangan untuk bersama-sama menggesa UAE untuk menghentikan penghantaran barangan ke Russia.


Ini adalah sebahagian daripada usaha global kolektif untuk memastikan cip komputer, komponen elektronik dan produk lain yang dipanggil dwi-guna daripada sampai ke tangan Russia, menurut laporan WSJ.


UAE, anggota Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (Opec) yang juga termasuk Russia, telah mengekalkan hubungan baik dengan Moscow walaupun tekanan Barat untuk mengasingkan Russia berhubung pencerobohan Ukraine yang bermula pada Februari 2022

Ia dikatakan tidak sepadan dengan sekatan global yang dikenakan ke atas Moscow. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >