Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penasihat keselamatan AS ikrar komunikasi terbuka dengan China

May 13, 2023 | 05:30 AM



WASHINGTON: Penasihat keselamatan tertinggi pentadbiran Presiden Joe Biden, bertemu diplomat tertinggi China minggu ini, dan berikrar memastikan talian komunikasi antara mereka terbuka, kata Rumah Putih pada Khamis.



Hal itu disuarakan dalam satu daripada beberapa pertemuan peringkat tinggi, sejak perselisihan mengenai dakwaan belon pengintip China, meretakkan hubungan pada Februari lalu.



Penasihat Keselamatan Kebangsaan, Encik Jake Sullivan dan diplomat tertinggi China, Encik Wang Yi, bertemu di Vienna pada Rabu dan Khamis, dan berbincang, antara lain perang Russia di Ukraine, kata Rumah Putih, dalam satu kenyataan.



"Kedua-dua pihak berbincang secara terus terang, substantif dan membina, mengenai isu-isu berkaitan hubungan dua hala Amerika-China, global dan keselamatan serantau, perang Russia di Ukraine dan isu antara Selat," menurut kenyataan itu.



Pertemuan itu disifatkan sebagai "sebahagian daripada usaha berterusan, untuk kekalkan talian komunikasi dan menangani dengan penuh bertanggungjawab, persaingan antara mereka".



Hubungan Amerika-China terganggu sedikit, ekoran beberapa isu termasuk dakwaan pengintipan China dan pencabulan hak asasi manusia, hinggalah tentang usaha Amerika untuk mengadakan perikatan ketenteraan bagi mengekang hasrat China ke atas Taiwan dan di Pasifik.



Setiausaha Negara Amerika, Encik Antony Blinken, membatalkan jadual lawatannya ke Beijing Februari lalu, selepas Amerika menembak jatuh belon pengintip China yang berlegar di ruang angkasa sekitar kawasan sensitif tentera, mencetuskan krisis hubungan diplomatik dua negara yang bersaing itu.



Rancangan kunjungan Encik Blinken itu bertujuan membantu memulihkan hubungan selepas terganggu pada awalnya kerana lawatan Speaker Dewan Kongres ketika itu, Cik Nancy Pelosi, ke Taiwan, pulau yang disifatkan oleh China sebagai miliknya.



Rumah Putih menzahirkan kesungguhan untuk mengatur semula jadual lawatan Encik Blinken dan mengadakan pertemuan dengan pegawai kanan yang lain, sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengekalkan hubungan daripada terpesong ke arah konflik.



"Kedua-dua pihak bersetuju mengekalkan saluran perhubungan strategik yang penting ini, bagi memajukan objektif tersebut," kata Rumah Putih.



Ia juga turut mengatakan bahawa rundingan itu bertujuan sebagai persiapan pertemuan Presiden Biden dan rakan sejawatannya dari China, Encik Xi Jinping, di Indonesia pada November depan. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >