Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemimpin dunia ucap tahniah atas pemilihan semula Erdogan

May 29, 2023 | 04:42 PM



WASHINGTON: Para pemimpin dunia mengucapkan tahniah kepada Presiden Turkey, Encik Tayyip Erdogan, pada Ahad atas pemilihan semula beliau dalam pengundian ulangan bersejarah di negara itu.


“Saya berharap untuk bekerja sama sebagai sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) dalam isu-isu dua hala dan cabaran bersama global,” kata Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, melalui Twitter, tanpa menyebut tentang ketegangan hubungan dua hala baru-baru ini.

Hubungan antara Turkey dan Amerika terganggu sejak beberapa tahun ini termasuk tindakan kekerasan terhadap orang awam, operasi ketenteraan di Syria, hubungan rapat Encik Erdogan dengan Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, sekalipun Moscow menyerang Ukraine, dan bantahan Ankara terhadap keinginan Sweden untuk menyertai sekutu tentera Nato.

Setiausaha Negara Amerika, Encik Antony Blinken, turut menyuarakan sendiri ucapan tahniah kepada Encik Erdogan melalui Twitter, dan menyifatkan Turkey sebagai “rakan dan sekutu Nato yang berharga.”

“Saya berharap dapat bekerjasasama dengan pemerintah yang dipilih oleh rakyat Turkey,” kata beliau.

Encik Blinken memuji ramainya yang keluar mengundi dan “tradisi demokrasi yang panjang”.

Perdana Menteri Britain, Encik Rishi Sunak, pada Ahad lalu turut mengucapkan tahniah atas pemilihan semula Encik Erdogan.

Beliau menegaskan hubungan kukuh antara Britain dan Turkey, sebagai rakan ekonomi dan sekutu rapat Nato, menurut satu kenyataan dari Downing Street.

Sementara itu, Canselor Jerman, Encik Olaf Scholz, menyuarakan sanjungan kepada Turkey sebagai “rakan dan sekutu rapat” di mana “rakyat dan ekonominya saling terjalin”.

Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, berkata beliau mengharapkan negaranya dan Turkey kukuh sebagai “rakan strategik”.

“Kami harap hubungan strategik akan diperkukuh demi kebaikan kedua-dua negara, serta perkukuh kerjasama bagi keselamatan dan kestabilan Eropah,” kata Encik Zelensky dalam Twitter.

Encik Putin, pada Ahad lalu, juga mengucapkan tahniah kepada Encik Erdogan, yang telah bekerjasama rapat dengan Russia mengenai isu-isu penting antarabangsa, sekalipun kurang bersetuju tentang pengundian ulangan itu.

“Kemenangan anda dalam pilihan raya ini adalah satu keputusan yang logik kerana dedikasi anda sebagai ketua negara Republik Turkey,” kata Encik Putin melalui website Kremlin.

Encik Putin memberitahu Encik Erdogan, yang disifatkannya sebagai “rakan baik,” bahawa kemenangan itu adalah “bukti nyata sokongan rakyat Turkey atas usaha anda perkukuh kedaulatan negara dan meneruskan dasar-dasar luar anda sendiri”.

Kedua-dua pemimpin itu jarang bertemu muka – menyokong pihak bertentangan dalam konflik Timur Tengah dan rantau bekas kekuasaan Soviet – tetapi mereka mempunyai hubungan yang rapat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Malah, kedua-dua negara itu saling melihat satu sama lain sebagai rakan yang boleh dipercayai dalam menghadapi cabaran ekonomi Barat, ketenteraan dan penguasaan politik.

Encik Erdogan, 69 tahun, berada pada kedudukan yang membawa beliau kepada kemenangan tipis ke atas lawannya yang berusia 74 tahun, Encik Kemal Kilicdaroglu, dengan kelebihan 4 peratus undi, menurut kiraan undi yang hampir selesai.

Pilihan raya kali ini disifatkan sebagai yang paling signifikan bagi negara itu sepanjang sejarah 100 tahun sebagai sebuah negara republik.

Encik Kilicdaroglu telah memaksa Encik Erdogan melalui pusingan ulangan, dalam pilihan raya Turkey pada 14 Mei, dan merapatkan jurang kekalahannya dalam pusingan kedua.

Kesatuan Eropah dan Nato, dua buah pertubuhan sering bertelagah dengan Encik Erdogan, turut mengucapkan tahniah atas pemilihan semula beliau.

“Tahniah kepada Presiden (Erdogan) atas pemilihan semula anda, saya berharap dapat meneruskan kerjasama dan membuat persediaan bagi Sidang Puncak Nato pada Julai ini,” kata setiausaha agung Nato, Encik Jens Stoltenberg, melalui Twitter.

“Sayang mengucapkan tahniah (kepada Encik Erdogan) atas kemenangan dalam pilihan raya ini. Saya berharap untuk terus membangun hubungan EU-Turkey. Ia adalah penting dari segi strategik bagi kedua-dua EU dan Turkey untuk bekerjasama bagi memajukan lagi hubungan ini demi kebaikan rakyat bersama,” kata presiden EU, Cik Ursula von der Leyen. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >