Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Parti Bangsa M'sia: Zuraida dakwa masih pimpin parti

Nov 01, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Krisis kepimpinan dalam Parti Bangsa Malaysia (PBM) terus berlarutan apabila Datuk Zuraida Kamaruddin mendakwa beliau masih memimpin parti itu dan parti itu akan bertanding secara solo.



Datuk Zuraida, yang juga penyandang Ahli Parlimen Ampang, berkata segala kemelut parti berkenaan akan diselesaikan secara dalaman dan dijangka mencapai kata sepakat menjelang hari penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 5 November ini.



Beliau berkata, isu itu dijangka akan dimuktamadkan secara dalaman termasuk jawatan Presiden dan penggantungan keahliannya oleh Presiden disahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), Datuk Larry Sng Wei Shien.



Sebelum ini, Datuk Zuraida bersama 12 Ahli Majlis Tertinggi parti itu digantung keahlian oleh Datuk Larry berdasarkan Perlembagaan PBM Fasal 60 (iii) kerana pembabitan berterusan mereka yang didapati menggugat kepentingan parti dan kepemimpinannya.



Krisis dalaman PBM mula meruncing apabila Datuk Larry minggu lalu mendakwa beliau masih Presiden PBM dan tidak pernah mengosongkan jawatan itu untuk diisi oleh Datuk Zuraida.



Namun Cik Haniza Mohamad Taha, yang turut digantung kedudukannya sebagai Timbalan Presiden PBM sebelum ini dilaporkan berkata, Datuk Zuraida dilantik sebagai Presiden pada Persidangan Agung Tahunan parti itu 7 Oktober lalu dan sudah diperakui dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi keenam yang lalu.



ROS kelmarin mengesahkan Datuk Larry masih lagi Presiden PBM berdasarkan rekod yang ada di jabatan itu.



Dalam persidangan ketika ditanya berkali-kali berhubung pertikaian mengenai siapa sebenarnya presiden parti, antara Datuk Zuraida atau Datuk Larry, Datuk Zuraida menjawab, perkara itu akan diselesaikan secara dalaman antara mereka berdua.



Ditanya siapa yang perlu dihubungi untuk sebarang kenyataan daripada presiden parti berkaitan dengan PRU15, beliau menjawab: "Oleh kerana saya berada di sini, jadi sayalah."- Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >