Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MPA: Kapal lulus 2 pemeriksaan di pelabuhan asing pada 2023

Mar 27, 2024 | 03:56 PM



Kapal berdaftar di Singapura yang terlanggar jambatan di Baltimore pada 26 Mac, telah lulus pemeriksaan pelabuhan negara asing, pada Jun dan September 2023.

Semasa pemeriksaan Jun 2023, alat monitor yang rosak untuk tekanan bahan api telah diperbaiki, sebelum kapal itu berlepas dari pelabuhan.

Dalam satu kenyataan pada 27 Mac,  Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata, kapal Dali itu membawa bendera Singapura mulai Oktober 2016, dan dikelaskan oleh kesatuan pengelasan ClassNK.

ClassNK, juga dikenali sebagai Nippon Kaiji Kyokai, ialah sebuah pertubuhan bukan mencari untung yang ditubuhkan di Jepun.

Menurut laman webnya, ia menyediakan perkhidmatan klasifikasi kapal seperti kelulusan pelan kapal dan jentera, tinjauan dan pendaftaran kapal dan pemasangannya, serta penilaian dan pendaftaran sistem pengurusan keselamatan kapal.

“Kesatuan pengelasan biasanya diberi kuasa oleh pentadbiran pendaftaran untuk memantau pematuhan kepada piawaian teknikal dan peraturan yang terpakai, oleh kapal yang didaftarkan di bawah benderanya,” kata MPA.

“Berdasarkan rekod, MPA mengesahkan bahawa pertubuhan pengelasan yang diperlukan kapal dan sijil pengesahan yang meliputi integriti struktur kapal dan fungsi peralatan kapal itu sah pada masa kejadian.”

Klasifikasi dan tinjauan berkanun kapal Dali seterusnya akan dibuat pada Jun 2024, kata MPA.

Dali – kapal kontena 95,000 tan dengan bendera Singapura – melanggar salah satu tiang jambatan yang mempunyai laluan empat lorong, di timur bandar pelabuhan Amerika Syarikat, sekitar 1.30 pagi waktu tempatan (1.30 tengah hari waktu Singapura) pada 26 Mac, menyebabkan ia runtuh.

Enam orang dikhuatiri maut selepas anggota pasukan kecemasan menangguhkan usaha menyelamat. Dua orang telah diselamatkan dari Sungai Patapsco, dengan seorang dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Pada Julai 2016, Dali juga terlibat dalam kemalangan di pelabuhan Antwerp, Belgium – terlanggar pangkalan ketika cuba keluar dari terminal kontena.

Menurut MPA, ia telah menghubungi Pengawal Pantai Amerika, Pejabat Keselamatan Marin dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan untuk menawarkan bantuan.

Ia menambah bahawa penyiasat dari Biro Penyiasatan Keselamatan Pengangkutan Singapura dan MPA berangkat ke Baltimore untuk menyokong siasatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >