Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Menteri Israel buat lawatan awam pertama ke Saudi

Sep 27, 2023 | 05:12 PM



RIYADH: Menteri pelancongan Israel telah berkunjung ke Arab Saudi untuk persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata pejabatnya, menyifatkan lawatan itu sebagai lawatan awam pertama ke negara Arab itu oleh anggota kabinet Israel.


Lawatan dua hari Encik Haim Katz ke Riyadh dilakukan ketika Arab Saudi sedang berusaha menghasilkan perjanjian rasmi bagi pemulihan hubungan antara kedua negara itu, yang diuruskan oleh Amerika Syarikat.

Encik Katz mengetuai delegasi Israel sebagai sebahagian daripada acara Pertubuhan Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

“Pelancongan adalah jambatan antara negara,” kata Encik Katz, menurut kenyataan dari pejabatnya.

“Kerjasama dalam bidang pelancongan berpotensi untuk menyatukan hati, dan kemajuan ekonomi.

“Saya akan berusaha untuk memajukan kerjasama, pelancongan dan hubungan luar Israel,” tambahnya.

Kerajaan Arab Saudi tidak segera mengesahkan lawatan itu.

Washington telah menggesa sekutu Timur Tengahnya Israel dan Arab Saudi, untuk memulihkan hubungan diplomatik, berikutan perjanjian serupa yang melibatkan Amiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Maghribi.

Palestin telah melabelkan perjanjian yang diusahakan oleh Amerika Syarikat itu sebagai pengkhianatan terhadap nasib mereka dan usaha untuk mendapatkan negara.

Pada Selasa, Encik Katz tiba di Riyadh mengetuai delegasi untuk menghadiri acara PBB, kata pejabat menteri.

“Saya akan bertindak untuk mewujudkan kerjasama bagi memajukan pelancongan dan hubungan luar Israel,” kata Encik Katz dalam satu kenyataan.

Melaporkan dari Baitulmakdis Timur yang diduduki Israel, Encik Rob Reynolds dari Al Jazeera berkata bahawa lawatan Encik Katz ke Arab Saudi adalah “sangat penting” kerana ia “belum pernah berlaku sebelum ini”. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >