Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

MB Johor: Masalah kesesakan Tambak harus diselesaikan segera selepas berlarutan bertahun-tahun

May 29, 2023 | 02:23 PM



KULAI: Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata masalah kesesakan Tambak Johor di Johor Bahru dan Linkedua, Iskandar Puteri, telah berlarutan sejak berpuluh tahun lamanya dan perlu diselesaikan segera. Oleh itu, kerajaan negeri Johor terus komited memastikan trafik lancar di dua lintasan darat antara Johor dan Singapura.

“Ia adalah isu yang sangat penting, ia isu warisan dan berlarutan sejak dua hingga tiga dekad lepas. Sebagai Menteri Besar Johor yang baru, objektif saya adalah untuk memastikan isu ini selesai tahun ini. Sebab itu ramai rakyat Johor, mereka sering kali dapat lihat saya di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar, serta Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) pada pukul 5.00 pagi,” katanya.

Beliau berkata ada banyak perkara lain yang juga cuba diselesaikan oleh kerajaan negeri, termasuk menambah baik jalan raya di Johor. Tambahnya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini mengumumkan bahawa kerajaan Persekutuan meluluskan kira-kira RM500 juta (S$147 juta) untuk fasa satu, untuk melebarkan Lebuhraya Utara-Selatan.

Menurutnya baru-baru ini, pihak kerajaan negeri telah berjumpa dengan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, yang meluluskan dana tambahan RM40 juta (S$12 juta) untuk jalan raya di Johor.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian kilang pembuatan pertama JStar Motion Sdn Bhd di Asean, di i-Park@Indahpura, di sini pada Sabtu.

Terdahulu Datuk Onn Hafiz memberitahu Kerajaan Johor dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melaksanakan beberapa inisiatif bagi menangani isu kesesakan yang berlaku di CIQ serta KSAB di Iskandar Puteri.

Beliau berkata antara inisiatif baharu yang dibincangkan dari segi isu teknikal di BSI ialah pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) bagi pemantauan kaunter, penggabungan kaunter, ubah suai e-gate, ‘Automatic Land Barrier’ (ALB), penambahan bumbung di MBike dan penyelenggaraan pendingin hawa.

Di KSAB pula membabitkan penambahan bumbung di MBike, penambahbaikan bumbung di dewan penumpang, mengkaji semula pemasangan penghadang jalan bagi tujuan penyuraian trafik sebelum sampai ke ‘checkpoint’, penambahbaikan papan tanda arah dan mengkaji keperluan penyediaan bas ulang-alik dari RnR (rehat dan rawat) ke KSAB bagi mengelakkan kenderaan masuk ke laluan bas.

“Bagi menangani isu sumber manusia di BSI dan KSAB, hasil mesyuarat telah bersetuju untuk mengkaji semula waktu pertukaran syif semasa waktu puncak dan menyelesaikan isu kekurangan staf imigresen,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya hari ini.

Menurut beliau selain itu, hasil mesyuarat juga bersetuju untuk menyelesaikan isu pentadbiran seperti tuntutan elaun kerja lebih masa serta menitikberatkan kebajikan staf dengan menambah baik ruang rehat, keselesaan kaunter seperti pendingin hawa dan kerusi. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >