Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

AS lulus jual sistem pertahanan udara AS$285j kepada Ukraine

May 25, 2023 | 05:15 PM



WASHINGTON: Amerika Syarikat mengumumkan pada Rabu, akan membekalkan sistem pertahanan udara Nasams berserta peralatan kelengkapannya kepada Ukraine, bernilai AS$285 juta ($385 juta), bagi meningkatkan keupayaan pertahanannya daripada serangan Russia.

“Ukraine perlu segera meningkatkan keupayaan pertahanannya daripada serangan peluru berpandu dan jet pejuang Russia,” kata Agensi Kerjasama Keselamatan Pertahanan Amerika Syarikat (DSCA), dalam satu kenyataannya.

“Mendapatkan dan mengirim secara efektif kelengkapan ini akan meningkatkan keupayaan Ukraine mempertahankan rakyatnya dan melindungi infrastruktur negara yang kritikal.”

Agensi itu juga berkata kelulusan penjualan itu akan membantu dasar luar Amerika, mencapai matlamat keselamatan kebangsaan bagi negara-negara rakannya, memelihara kestabilan politik serta kemajuan ekonomi di Eropah.

Penjualan itu tidak memerlukan tambahan kakitangan pemerintah Amerika atau kontraktor untuk dikirim ke Ukraine, ujar kenyataan itu.

Jabatan Negara Amerika meluluskan penjualan tersebut dan DSCA pada Rabu telah menyampaikan pernyataan kepada Dewan Kongres, yang perlu menandatangani dokumen transaksinya.

Negara-negara termasuk Amerika yang menyokong Ukraine menentang pencerobohan Russia, telah menyumbangkan puluhan bilion dolar bagi peralatan ketenteraan kepada Kyiv, tetapi kali ini ia adalah satu penjualan.

Pertahanan udara Ukraine memainkan peranan penting bagi melindungi negara itu daripada serangan dan mencegah Moscow daripada menguasai ruang udara.

Apabila Russia menyerang pada Februari 2022, pertahanan udara Ukraine sebahagian besarnya menggunakan pesawat dan persenjataan zaman Soviet.

Kini, semua itu sudah banyak diperbaiki oleh penyokong antarabangsa, yang menyumbangkan sistem pertahanan kepada Kyiv, termasuk sistem Nasams ini. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >