Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Korea U adakan mesyuarat semak pelan ekon

May 29, 2023 | 05:15 PM



SEOUL: Parti yang memerintah Korea Utara akan mengadakan satu mesyuarat penting pada awal Jun ini, untuk menyemak semula rancangan ekonomi negara itu, menurut laporan media rasmi Korea Utara KCNA pada Isnin.


Mesyuarat itu menyemak semula pelaksanaan rancangan ekonomi kebangsaan enam pertama tahun 2023 ini, dan membincangkan “isu-isu dasar yang amat signifikan” dalam pembangunan revolusi negara itu, menurut laporan itu lagi.

Acara itu merupakan sidang pleno kelapan bagi jawatankuasa pusat kelapan Parti Pekerja Korea, yang memerintah negara itu.

Sidang pleno terakhir diadakan pada Februari lalu, bagi membincangkan langkah memperbaiki ekonomi dan sektor pertanian, di tengah-tengah kebimbangan terhadap kekurangan bekalan makanan.

Dalam satu ulasan berasingan yang disiarkan oleh KCNA pada Isnin, Korea Utara turut mengkritik latihan ketenteraan bersama antara Amerika Syarikat dan Korea Selatan dan menyifatkannya sebagai “perjudian peperangan yang berbahaya,”

“Tidaklah keterlaluan untuk mengatakan bahawa senario kekerasan terhadap DPRK sudah memasuki tahap pelaksanaan melalui kaedah latihan,” menurut ulasan itu, merujuk kepada Korea Utara dengan menggunakan abjad DPRK, bermakna Republik Demokratik Rakyat Korea.

Bidasan itu dibuat setelah kedua-dua negara, Amerika dan Korea Selatan, memulakan latihan bersama ketenteraan pada Khamis lalu, yang pertama serupa itu sejak 2017.

Dinamakan sebagai Latihan Bersama Menggunakan Peluru Betul, latihan itu melibatkan 2,500 askar daripada 71 unit dan sekitar 600 kelengkapan ketenteraan telah dikerahkan oleh kedua-dua negara sekutu itu, hanya 25 kilometer (km) jaraknya ke selatan perbatasan dua buah negara di semenanjung Korea itu.


Ia juga dikatakan bertujuan mempamerkan keupayaan ketenteraan, sedang Korea Utara menunjukkan aksi ancaman nuklear dan peluru berpandunya. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >