Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Korea S. catat kurang 10,000 kes harian Covid-19; pertama kali dalam 4 bulan

May 24, 2022 | 05:30 AM



SEOUL: Bilangan jangkitan seharian baru Covid-19 di Korea Selatan telah merosot bawah 10,000 buat kali pertama dalam hampir empat bulan semalam, sedang penularan varian mudah merebak, Omicron, semakin surut meskipun dengan kelonggaran sekatan pandemik.



Jumlah 9,975 kes baru itu adalah angka paling rendah sejak Korea Selatan melaporkan 8,570 kes pada hujung Januari lalu, menurut Agensi Pencegahan dan Kawalan Penyakit Korea.



Korea Selatan telah melonggarkan kebanyakan sekatan pandemiknya, termasuk keperluan memakai pelitup di luar, awal bulan ini, memandangkan kadar peningkatan kes baru semakin berkurangan selepas ia mencapai kemuncaknya dengan mencatatkan lebih 600,000 kes pertengahan Mac lalu.



Kebanyakan langkah berjaga-jaga berkait pandemik telah diperhalusi di Korea Selatan, termasuk perintah berkurung pada waktu tengah malam bagi restoran dan perniagaan lain.



Namun, orang ramai masih diperlukan memakai pelitup dalam acara yang menerima 50 hadirin atau lebih di rapat, konsert dan stadium sukan.



Perintah kuarantin bagi pelawat yang belum divaksin juga masih dikuatkuasakan dan mereka yang sudah divaksin dan ingin memasuki Korea perlu memperolehi keputusan negatif ujian Reaksi Rantaian Polimerase Covid-19.



Korea Selatan telah membendung angka korbannya serta mencegah daripada menerima jumlah pesakit menghidap penyakit kritikal yang berlebihan berkait Covid-19 menerusi usaha pemvaksinan yang meluas.



Ia juga telah memperluas semula usaha jejak kontak dan pembendungan kes yang telah membantunya mengurangkan bilangan kes baru sejak dua tahun lalu.



Hampir 87 peratus populasinya sebanyak 52 juta orang telah divaksinasi sepenuhnya, dengan 64 peratus sudah menerima suntikan penggalak, menurut data daripada Agensi Pencegahan dan Kawalan Penyakit Korea.



Sedang Korea Selatan menghadapi kemerosotan kes jangkitan baru, Korea Utara pula sedang menangani penularan Covid-19 pertamanya.



Namun, ia telah menolak tawaran bantuan dari pihak luar serta mengekalkan penutupan sempadannya.



Semalam, Korea Utara melaporkan 167,650 pesakit baru yang menghidap demam, menaikkan jumlah kes sejak lewat April lalu kepada 2.81 juta kes, lapor agensi berita tempatan KCNA.



Angka korban di negara itu adalah 68 orang.



Korea Utara, yang tidak mempunyai bekalan alat pemeriksaan, didapati belum lagi mengesahkan bilangan pesakit yang disahkan positif bagi koronavirus. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >