Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Himpunan Hari Pekerja desak mansuh akta pekerjaan di Jakarta

May 02, 2024 | 04:34 PM



JAKARTA: Beribu-ribu penunjuk perasaan turun ke jalan raya pada Hari Pekerja pada 1 Mei, menuntut pemansuhan Undang-undang Penciptaan Pekerjaan penuh kontroversi yang dikatakan telah merendahkan hak dan perlindungan pekerja.


Kira-kira 50,000 pekerja dilaporkan menyertai perarakan itu di Jakarta, manakala ribuan yang lain menghadiri perhimpunan serupa di Bandung, Jawa Barat; Semarang, Jawa Tengah; Surabaya, Jawa Timur; Makassar, Sulawesi Selatan; serta Aceh dan Pekanbaru di Sumatera.

Meskipun penyokong undang-undang pekerjaan memperjuangkannya sebagai cara untuk menarik pelaburan dan meningkatkan ekonomi negara dengan memperkemas birokrasi, Konfederasi Kesatuan Pekerja Indonesia (KSPI) berhujah bahawa ia juga menjejaskan hak dan kebajikan pekerja.

Undang-undang yang diluluskan pada akhir 2020 itu, sama ada mengurangkan atau menghapuskan sepenuhnya hak pekerja bagi pembayaran pemberhentian melebihi elaun asas.

Ia turut melonggarkan keperluan undang-undang untuk penyumberan luar pekerja dan membenarkan industri tertentu, termasuk perusahaan mikro dan kecil, melepaskan keperluan gaji minimum di Indonesia.

“Sejak undang-undang dikuatkuasakan, kuasa beli pekerja telah menurun sebanyak 30 peratus dan inflasi di bandar-bandar perusahaan telah meningkat kepada 2.8 peratus walaupun purata gaji telah dinaikkan 1.58 peratus,” kata Pengerusi KSPI Encik Said Iqbal, yang dipetik Tribunnews.com.

“Kami semua pekerja hanya merangkumi perbelanjaan 1 peratus golongan teratas atau orang terkaya di negara ini,” tambahnya.

Peraturan longgar mengenai penyumberan luar tenaga kerja, tambah Encik Said, telah menggalak pihak perusahaan memberhentikan pekerja sepenuh masa dan sekali gus meningkatkan kadar pengangguran di Indonesia.

Penganjur perhimpunan Hari Mei Jakarta Utara, Encik Usman, berkata undang-undang pekerjaan adalah musuh nombor satu pekerja kerana ia telah meningkatkan jurang perbezaan antara golongan kaya dengan miskin.

Penunjuk perasaan juga menggesa perlindungan kumpulan buruh yang terdedah kepada penderaaan dan diskriminasi, termasuk wanita dan pekerja rumah tangga.

Seruan diperbaharui untuk meluluskan rang undang-undang perlindungan pekerja rumah tangga, yang akan memberikan perlindungan undang-undang kepada pekerja rumah tangga daripada penderaan dan diskriminasi.

Bagaimanapun, perbincangan rang undang-undang di Parlimen telah tergendala sejak 20 tahun lalu. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >