Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gibran sahkan proses pemilihan Kabinet bebas, nafi penglibatan Jokowi

Mar 27, 2024 | 01:42 PM



JAKARTA: Naib Presiden terpilih, Encik Gibran Rakabuming Raka, telah mengesahkan bahawa bapanya, Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, yang lebih dikenali sebagai ‘Jokowi’ akan mengelak daripada terlibat dalam pembentukan Kabinet Presiden Prabowo Subianto kelak.


“Kami, Gabungan Maju Indonesia, tanpa segan silu mengisytiharkan bahawa kami adalah pengganti Presiden Joko Widodo,” kata Encik Prabowo semasa majlis perhimpunan dan berbuka puasa, di Kuningan, Jakarta Selatan, pada 25 Mac.

Menurut Encik Prabowo, negara yang baik adalah negara yang menghormati pemimpinnya.

Beliau juga menekankan rasa hormatnya kepada presiden terdahulu, dan komited untuk memperbetulkan sebarang kelemahan yang masih ada.

“Matlamat kami adalah jelas. Kami membina asas yang diletakkan oleh pendahulu kami, oleh presiden sebelum kami. Kami mengakui dan menghormati mereka, dan berazam untuk menangani sebarang kekurangan,” katanya.

Sementara itu, Encik Gibran menepis spekulasi mengenai penglibatan Presiden Jokowi dalam memilih menteri untuk Kabinet Prabowo-Gibran akan datang.

Encik Gibran menegaskan keputusan mengenai pelantikan menteri terletak pada Encik Prabowo sebagai presiden yang dipilih.

“(Encik) Prabowo yang akan memutuskan,” kata Encik Gibran.

Bagaimanapun, beliau menyatakan bahawa Encik Jokowi boleh memberikan pandangannya, jika diminta.

Namun, penentuan menteri dalam Kabinet akan datang, kekal dalam bidang kuasa Encik Prabowo.

Encik Gibran turut mendedahkan penglibatannya dalam perbincangan berhubung Kabinet dengan Encik Prabowo. “Sudah tentu,” tambahnya.

Beliau mendakwa telah membincangkan Kabinet seterusnya dengan Encik Prabowo selepas diumumkan sebagai pemenang Pilihan Raya Presiden, suatu ketika dahulu.

Perhimpunan dan acara berbuka puasa itu turut dihadiri beberapa pimpinan parti politik Gabungan Maju Indonesia.

Antaranya termasuk Ketua Parti Golkar, Encik Airlangga Hartarto; Ketua Parti Amanat Nasional (PAN), Encik Zulkifli Hasan; dan Ketua Parti Bulan Sabit (PBB), Encik Yusril Ihza Mahendra.

Tokoh negara seperti Encik Aburizal Bakrie dan Encik Hatta Rajasa turut hadir.

Pada 20 Mac, Suruhanjaya Pilihan Raya (KPU) mengisytiharkan Encik Prabowo Subianto-Encik Gibran Rakabuming Raka sebagai pasangan presiden dan naib presiden terpilih pada Pilihan Raya Presiden 2024.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >