Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

G7 ‘sedia respons’ terhadap tindakan gugat kestabilan oleh Iran

PBB beri amaran masyarakat antarabangsa usah terbabit dalam konflik lebih mendalam di Timur Tengah
Apr 15, 2024 | 04:54 PM



ROME: Pemimpin Kumpulan Tujuh (G7, iaitu Canada, Perancis, Jerman, Italy, Jepun, Britain dan Amerika Syarikat) memberikan sokongan penuh mereka kepada Israel pada 14 April, berikutan serangan Iran ke atas Israel.


Mereka berkata mereka bersedia “mengambil langkah selanjutnya” sebagai respons kepada “tindakan yang menimbulkan ketidakstabilan selanjutnya”.

Dalam satu kenyataan selepas mesyuarat menerusi video, pemimpin G7 berkata mereka “dengan jelas mengutuk serangan langsung dan belum pernah berlaku sebelumnya oleh Iran terhadap Israel”.

“Kami menyatakan perpaduan dan sokongan penuh kami kepada Israel dan rakyatnya dan mengesahkan komitmen kami terhadap keselamatannya,” kata mereka, dalam kenyataan yang diterbitkan oleh Italy, presiden G7.

“Dengan tindakannya, Iran terus melangkah ke arah ketidakstabilan rantau itu dan berisiko mencetuskan peningkatan serantau yang tidak terkawal. Ini mesti dielakkan.

“Kami akan terus berusaha untuk menstabilkan keadaan dan mengelak peningkatan selanjutnya.

“Dengan semangat ini, kami menuntut Iran dan proksinya menghentikan serangan mereka, dan kami bersedia mengambil langkah selanjutnya sekarang dan sebagai respon kepada inisiatif yang menimbulkan ketidakstabilan lanjut di rantau itu.”

Iran melancarkan serangan itu, kali pertama ia menyasarkan wilayah Israel secara langsung, sebagai tindakan balas terhadap serangan udara maut Israel yang memusnahkan bangunan konsulatnya di ibu negara Syria, Damsyik, pada awal 1 April.

Serangan itu berlaku ketika perang Israel-Hamas berterusan di Jaluran Gaza yang terkepung dan hampir musnah itu.

G7 juga berkata mereka akan meningkatkan usaha untuk menamatkan krisis itu.

“Kami juga akan mengukuhkan kerjasama untuk menamatkan krisis di Gaza, termasuk dengan terus berusaha ke arah gencatan senjata segera dan mampan dan pembebasan tebusan oleh Hamas, dan menyampaikan peningkatan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin yang memerlukan,” kata mereka.

Pada masa sama, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Antonio Guterres, memberi amaran kepada masyarakat antarabangsa supaya jangan terbabit dalam konflik yang lebih mendalam menyusuli serangan dron dan peluru berpandu Iran ke atas Israel itu.

“Baik rantau itu mahupun dunia tidak mampu menghadapi lebih banyak peperangan. Asia Barat berada di ambang sesuatu yang buruk, rakyat di rantau itu sedang berhadapan bahaya sebenar konflik berskala penuh yang memusnahkan.

“Sekarang adalah masa untuk meredakan dan mengurangkan keburukan,” kata Encik Guterres kepada Majlis Keselamatan pada 14 April.

Iran melancarkan lebih 200 dron bersenjata dan peluru berpandu terhadap Israel pada lewat malam 13 April.

Ia serangan langsung Iran yang pertama ke wilayah Israel dan mengancam meningkatkan ketegangan yang semakin memuncak di Timur Tengah, sedang Amerika menyatakan sokongan kuatnya kepada Israel.

Kumpulan wartawan di Israel melaporkan siren amaran dibunyikan.

Bagaimanapun, Israel dikatakan berjaya memintas sebahagian besar peluru berpandu dan dron itu, yang ditembak jatuh di luar wilayah Israel.

Iran berikrar akan membalas dendam bagi serangan Israel ke atas konsulatnya di Damsyik pada 1 April, yang mengorbankan tujuh pegawai Pengawal Revolusi Iran (IRG), termasuk dua komander kanan.

Israel tidak mengesahkan mahupun menafikan bertanggungjawab bagi serangan tersebut.

Sejurus selepas kejadian itu, Israel meminta Majlis Keselamatan mengadakan mesyuarat kecemasan untuk mengutuk serangan Iran itu dan menyenaraikan Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) sebagai pertubuhan pengganas. – AFP.

“Serangan Iran adalah ancaman serius kepada keamanan dan keselamatan dunia dan saya mahu Majlis Keselamatan ini menggunakan apa jua cara untuk mengambil tindakan konkrit terhadap Iran,” kata Duta Besar Israel ke PBB, Encik Gilad Erdan, dalam satu hantaran di media sosial X.


Perang Israel-Hamas bermula dengan serangan mengejut pada 7 Oktober yang tidak pernah berlaku sebelum ini oleh kumpulan Hamas terhadap Israel, mengakibatkan kematian 1,200 orang, kebanyakannya orang awam.


Hamas juga menahan sekitar 240 yang lain sebagai tebusan.


Serangan balas Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 33,729 orang di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menurut kementerian kesihatan yang dikendalikan Hamas di wilayah itu. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >