Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

DPM Wong belum tahu bila ambil alih kepimpinan

Beri gambaran pertukaran boleh berlaku “sebelum atau selepas” pilihan raya umum akan datang, yang mesti diadakan jelang 2025
May 25, 2023 | 05:46 PM



TOKYO: Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, berkata belum ada keputusan lagi mengenai bila beliau akan mengambil alih jawatan daripada Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, tetapi hanya “menunggu masa” ia berlaku.

Ini boleh berlaku “sebelum atau selepas” pilihan raya umum akan datang, yang mesti diadakan menjelang 2025, tambah Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan.

“Ini adalah pilihannya dan kami belum membuat keputusan, tetapi ia akan berlaku, ia hanya menunggu masa,” katanya yang kali terakhir bercakap secara terbuka tentang penggantian kepimpinan pada Ogos 2022.

Encik Wong berkata demikian ketika menjawab soalan ketua berita antarabangsa Nikkei, Encik Shigesaburo Okumura, yang kendalikan sesi dialog di forum Masa Depan Asia ke-28 oleh syarikat gergasi media Jepun itu.

Persidangan itu dihadiri pemimpin perniagaan, ahli akademik dan media.

Encik Wong berkata garis masa penggantian kepimpinan telah menjadi “soalan kegemaran” daripada media, tetapi beliau berkata beliau sibuk dengan isu domestik yang berkaitan dengan ekonomi dan semakan semula dasar sosial.

Beliau juga telah meningkatkan penglibatan di luar negara, tambahnya, sambil menyatakan bahawa beliau berada di Jepun buat kali kedua pada bulan Mei.

Beliau sebelum ini menghadiri mesyuarat menteri kewangan Kumpulan Tujuh (G-7) di Niigata, dengan Singapura dijemput sebagai negara tetamu.

Encik Wong turut menjawab soalan mengenai pengecualian Singapura daripada Sidang Puncak Demokrasi Amerika Syarikat, yang telah diadakan sebanyak dua kali dan melibatkan lebih 100 negara.

Beliau berkata: “Kami selesa dengan diri kami, dan kami benar-benar tidak memerlukan pihak luar atau acara luar untuk mengesahkan status kami.

“Jika anda bertanya, adakah Singapura mempunyai ciri-ciri demokrasi liberal Barat yang lain, jawapannya adalah bukan semua.

“Dan, sebenarnya, kami tidak meniru sahaja apa yang orang lain lakukan. Kami sesuaikan diri dan belajar, dan kami gunakan dan bangunkan model yang sesuai untuk keperluan kami sendiri, keadaan kami sendiri dan model itu telah berfungsi setakat ini dan telah memberi hasil yang baik.”

Tinjauan luar, katanya, telah menunjukkan bagaimana warga Singapura mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap pemerintah dan agensi awam.

Walaupun sistem politik telah berfungsi dengan baik, Encik Wong berkata: “Kami akan terus membangunkannya. Sistem ini tidak statik. Ia akan terus berkembang, tetapi bagaimana ia berkembang akhirnya bergantung kepada warga Singapura, bukan pihak luar. Kami perlu menentukan nasib kami.”

Beliau menambah bahawa beliau tidak mempunyai tanggapan bahawa Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah akan berkuasa selama-lamanya.

Jika PAP gagal dan menyebabkan pengundi tidak berpuas hati, mereka boleh memilih pembangkang untuk membentuk pemerintah baru, katanya, sambil menekankan hak mutlak parti untuk memberi tumpuan kepada keprihatinan warga Singapura seperti pekerjaan dan kos sara hidup.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >