Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Covid-19 bunuh seorang setiap 4 minit kerana kurang dapatkan suntikan

May 24, 2023 | 03:52 PM



WASHINGTON: Selepas lebih tiga tahun, wabak Covid-19 global secara rasmi sudah berlalu. Namun, wabak itu masih membunuh sekurang-kurangnya satu orang dalam setiap empat minit.

Persoalan bagaimana menangani virus itu belum dapat dihurai, sekali gus meletakkan orang yang terdedah kepada virus itu dan negara yang kurang vaksin dalam risiko.

Persoalan itu penting kerana meski kurang mengancam, ia tetap membahayakan secara meluas terhadap sebilangan penduduk.

Bilangannya jauh lebih besar daripada yang diketahui oleh kebanyakan orang. Covid-19 masih lagi menjadi pembunuh utama - ketiga terbesar di Amerika Syarikat pada 2022, selain penyakit jantung dan barah.

Tidak seperti penyakit lain yang biasa menjadi penyebab kematian, seperti merokok dan kemalangan jalan raya, ahli-ahli politik tidak bersungguh-sungguh mencari jalan untuk mengurangkan kemudaratannya, seperti mewajibkan suntikan atau memakai pelitup di tempat-tempat tertutup.

“Keinginan umum di dunia adalah untuk melupakan pandemik dan Covid-19, tetapi kita tidak boleh menghindari kenyataan,” kata Encik Ziyad Al-Aly, pengarah Pusat Epidemiologi Klinikal, di Sistem Penjagaan Kesihatan bagi Ehwal Veteran St Louis, di Missouri.

“Covid-19 masih menjangkiti dan membunuh ramai orang. Kita mempunyai cara untuk mengurangkan beban ini,” katanya.

Malah sebelum Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan pada awal Mei bahawa Covid-19 bukan lagi darurat, kebanyakan pemerintah sudah pun melonggarkan perintah penyekatan dan garis panduan mengenainya.

Setelah mengeluarkan belanja yang cukup besar semasa fasa awal pandemik, para pemimpin global melengahkan usaha dan enggan meneruskan langkah-langkah pencegahan, di mana orang awam sudah tidak lagi dapat bersabar.

Sementara itu, jangkitan yang menyebabkan sekurang-kurangnya 20 juta kematian di serata dunia terus berlaku, mengakibatkan warga tua dan mereka yang sedang menunggu masa dan hanya bergantung kepada nasib, kurang mendapatkan ubat-ubatan dan perlindungan.

Mengapa tiada rancangan jangka panjang?


Rancangan global dan jangka panjang untuk melindungi mereka yang terdedah kepada risiko dan mencegah terjadi semula wabak itu tidak berhasil, sebahagiannya kerana sulitnya untuk mendapatkan kesepakatan tentang Covid-19 ini.

Sejak awal lagi, perselisihan pendapat di kalangan orang-orang politik telah mengakibatkan kurangnya perhatian terhadap garis panduan pemakaian pelitup dan menjalani suntikan.

Malah di negara-negara maju sekalipun, dengan suntikan dapat disediakan dalam masa kurang setahun sebelum pandemik, ramai enggan mendapatkannya.

Kurangnya mereka yang mendapatkan suntikan telah mengakibatkan lebih 300,000 kematian di Amerika, atau satu dalam setiap dua orang yang dijangkiti Covid-19, sepanjang 2021 di serata dunia, pada hal suntikan boleh menyelamatkan setengah juta orang atau lebih, menurut hasil beberapa kajian.

“Kita tahu mencampuri soal kesihatan awam dengan politik adalah suatu tragedi pandemik,” kata Encik Al-Aly.

“Para pemimpin politik memanfaatkan tindakan mereka bukan saja untuk kepentingan kesihatan awam, tetapi bagi kepentingan politik mereka juga,” ujar beliau.

Kerjasama global juga turut terhalang, gara-gara kepentingan politik itu, kata beliau lagi. - Agensi Berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >