Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

China sekat firma AS berkait isu buruh paksa di Xinjiang

Dec 27, 2023 | 01:48 PM



BEIJING: China berkata ia telah menyekat satu syarikat Amerika Syarikat dan dua penyelidik hak asasi manusia, berhubung kerja berkaitan wilayah Xinjiang, dan insiden itu meningkatkan pertikaian antara kedua-dua negara tersebut berkaitan dakwaan buruh paksa.


China membekukan mana-mana aset yang dipegang syarikat Kharon di negara itu, kata jurucakap Kementerian Luar, Cik Mao Ning, pada satu taklimat akhbar di Beijing pada 26 Disember, merujuk kepada syarikat yang berpangkalan di Los Angeles, yang dikenakan sekatan itu.

Encik Edmund Xu, pengarah penyiasatan di Kharon, dan Cik Nicole Morgret juga dihalang daripada memasuki China dan semua aset mereka dibekukan.

Encik Morgret sebelum ini adalah seorang penganalisis di Pusat Kajian Pertahanan Lanjutan dan kini bekerja untuk satu suruhanjaya Kongres.

Syarikat China juga dilarang bekerja dengan syarikat Kharon, Encik Xu atau Cik Morgret.

Tindakan itu sebahagian besarnya adalah simbolik, kerana syarikat Kharon dan dua individu berkenaan tidak mungkin mempunyai banyak perniagaan atau harta di China.

Terdahulu pada Disember, Amerika menyekat dua pegawai China, mengatakan mereka dikaitkan dengan pelanggaran hak asasi manusia terhadap kumpulan minoriti termasuk Uighur di Xinjiang, wilayah barat China.

Cik Mao menyatakan bahawa sekatan China adalah tindak balas terhadap langkah Amerika itu.

Syarikat Kharon berkata dalam satu kenyataan, bahawa ia akan “terus menyediakan penyelidikan dan analisis data yang objektif, bebas dan berdasarkan sumber yang boleh dipercayai”.

Syarikat itu juga telah menerbitkan artikel tentang isu seperti syarikat pakaian sukan yang dikatakan berisiko dikaitkan dengan buruh paksa di Xinjiang melalui pembekal mereka.

Pusat Kajian Pertahanan Lanjutan memuji Cik Morgret kerana membantu menyiapkan laporan yang mengatakan syarikat utama Amerika terdedah kepada pembekal yang mendapatkan ‘emas’ daripada firma “yang menunjukkan risiko kerja paksa”.

Sepanjang musim panas, Amerika telah memperluaskan larangan import dari wilayah Xinjiang dengan meletakkan dua lagi syarikat dalam senarai terlarangnya.

Ini adalah penambahan pertama sejak undang-undang Amerika yang menyasarkan buruh paksa di kawasan itu berkuat kuasa pada pertengahan 2022.

Akta Pencegahan Buruh Paksa Uighur menyekat barangan import sebahagian atau keseluruhannya yang dibuat di Xinjiang, melainkan syarikat itu boleh membuktikan produk itu tidak mempunyai kaitan dengan buruh paksa.

China telah lama menafikan ia menggunakan buruh paksa. Pada 26 Disember, Cik Mao berkata, “Amerika sekali lagi telah mengada-adakan dan menyebarkan berita palsu berkaitan Xinjiang”.

China telah dituduh menghantar berjuta-juta minoriti Uighur ke kem pendidikan semula di Xinjiang, untuk membendung keganasan.

Beijing telah menafikannya sambil menyatakan kemudahan itu menyediakan pendidikan vokasional, dan membawa kemakmuran kepada rantau ini.

Pada 2021, Beijing mengenakan sekatan ke atas beberapa pegawai Amerika yang memainkan peranan penting dalam membentuk pendirian konfrontasi pentadbiran mantan Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump terhadap China.

Beijing juga telah menyekat firma senjata Amerika yang menjual senjata ke Taiwan.

Langkah terbaru itu dibuat, ketika hubungan antara China dengan Amerika bertambah baik berikutan pertemuan antara Presiden Amerika, Encik Joe Biden dan Presiden China, Xi Jinping pada November. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >