Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

China enggan bincang soal pertahanan dengan AS di S’pura

Perkembangan terkini gugat usaha perkukuh komunikasi ketenteraan antara kedua-dua negara
May 30, 2023 | 08:00 PM



WASHINGTON: China menolak permintaan Amerika Syarikat untuk mengadakan pertemuan dengan ketua pertahanannya di Singapura minggu ini, ekoran kekhuatiran yang disuarakan oleh Beijing mengenai sekatan Washington terhadap pemimpin tertinggi tenteranya.


Keengganan China itu adalah perkembangan terkini yang menggugat usaha perkukuh komunikasi ketenteraan antara kedua-dua negara.

Ia juga kelihatan seperti kegagalan Rumah Putih untuk memulihkan hubungan antara pegawai tertinggi kedua-dua negara.

Pada awal Mei, Amerika menyarankan Setiausaha Pertahanan, Encik Lloyd Austin bertemu rakan sejawatannya dari China Encik Li Shangfu di Singapura semasa acara Dialog Shangri-La, iaitu pertemuan dalam kalangan pegawai keselamatan Asia-Pasifik.

Bagaimanapun, China menuntut supaya Amerika menarik balik sekatannya terhadap Encik Li pada 2018 berkaitan soal pembelian senjata dari Russia.

Keengganan China itu juga menjadi isyarat kekeruhan hubungan antara dua buah kuasa besar ekonomi dan pertahanan sejagat, yang disifatkan oleh Jabatan Pertahanan Amerika sebagai “keengganan yang dikhuatirkan,” untuk mengadakan perbincangan mengenai pertahanan.

Kedutaan China di Washington tidak segera memberi reaksi mengenai perkara itu apabila diminta mengulas.

Hubungan mula tergugat sejak Amerika mengenakan pengharaman eksport ke atas teknologi semikonduktor, lawatan ahli politik tertinggi Amerika ke Taiwan, yang menimbulkan kemarahan Beijing, serta dakwaan belon pengintip China di wilayah Amerika, kesemuanya mengaburi hubungan muhibah yang dicapai lewat 2022 semasa pertemuan Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden dan Presiden China, Encik Xi Jin Ping.

Pada minggu lalu, pegawai tinggi perniagaan mengadakan pertemuan di Washington, ekoran rundingan dua hari antara Penasihat Keselamatan Kebangsaan, Encik Jake Sullivan dengan pegawai diplomat tertinggi China, yang dilihat sebagai usaha memperbaiki hubungan.

Jabatan Pertahanan “yakin tentang pentingnya mengekalkan saluran komunikasi secara terbuka antara pasukan tentera kedua-dua buah negara – Washington dan Beijing, demi memastikan persaingan tidak mencetuskan konflik, kata Setiausaha Akhbar Pentagon, Encik Pat Ryder, dalam satu kenyataannya pada Isnin.

Pentadbiran Encik Biden telah menimbangkan kemungkinan menarik balik sekatan.

Semasa sidang puncak Kumpulan Tujuh (G-7) di Jepun pada 21 Mei lalu, Encik Biden berkata langkah serupa itu “sedang dirundingkan sekarang.”

Encik Li merancang menghadiri acara di Singapura itu yang dijadualkan pada Rabu Ahad, lapor agensi berita Xinhua.


Beliau dijadual berucap dan mengadakan pertemuan dengan para pegawai Singapura, menurut Xinhua memetik Kementerian Pertahanan China.


China menyangkal bahawa Encik Li tidak akan bertemu dengan Encik Austin selagi sekatan itu berkuat kuasa.

Pada minggu lalu, jurucakap Rumah Putih, Encik John Kirby, berkata beberapa perbincangan telah diadakan oleh Jabatan Pertahanan Amerika sebagai usaha menyambung semula hubungan antara Encik Austin dengan rakan sejawatannya di China.

Encik Kirby juga berkata, ada kemungkinan satu mesyuarat antara Perwakilan Perdagangan Amerika, Cik Katherine Tai dan rakan sejawatannya di China, diadakan semasa sidang Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) berlangsung di Detroit. – Agensi Berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >