Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Budak 7 tahun di Bogor didera, dipaksa kerja tanggung ayah dan ibu tiri

Feb 08, 2024 | 01:51 PM



BOGOR: Seorang budak perempuan di Indonesia berusia tujuh tahun telah diseksa oleh bapa kandung sendiri yang menyebat kanak-kanak itu dengan penyangkut baju besi.


Menurut laporan media tempatan, kejadian tersebut berlaku di rumah bapa mangsa di Kecamatan Parung, Kabupaten Bogor, Jawa Barat pada 2 Februari.

Ibu tirinya turut berada di rumah tersebut ketika kejadian.

Apabila kanak-kanak itu sedang diseksa, jirannya cuba datang membantu setelah si anak berteriak meminta ampun namun ia dihalang ibu tiri.

Jiran itu, Cik Dianita Aulina, ditukil dalam media tempatan sebagai berkata:

“Sebenarnya hal ini sudah kerap berlaku, iaitu mangsa dipukul tetapi penduduk belum berani (untuk bersemuka).

“Pada Jumaat (2 Februari), penduduk mendengar mangsa meminta maaf. Ada penduduk yang tampil membantu tetapi dihalang ibu tirinya. Ibu tirinya menyatakan untuk dibiarkan sahaja agar dijadikan pengajaran (buat si mangsa).”

Susulan itu, penduduk kampung melaporkan kejadian kepada ketua kampung sebelum ia dibawa ke perhatian pihak polis.

Cik Dianita menambah kanak-kanak itu sering tidur di sekolah kerana dia terpaksa bekerja sehingga lewat malam untuk mencari rezeki di sekitar Pasar Parung, stesen bas dan kawasan Ciseeng.

Difahamkan bapa kandung dan ibu tiri mangsa sudah menganggur sejak beberapa bulan.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Bogor, AKP Teguh Kumara, menjelaskan suspek telah ditahan dan dia mengaku melakukan penyeksaan terhadap anaknya kerana mangsa enggan keluar mencari duit.

Media tempatan menyatakan mangsa kini dalam penjagaan Khidmat Sosial Bogor. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >