Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Madinah antara wilayah Saudi dilanda bah

May 02, 2024 | 01:47 PM



RIYADH: Pihak berkuasa Arab Saudi menutup sekolah di beberapa wilayah pada 1 Mei, apabila banjir kilat menenggelamkan beberapa jalan raya.


Rakaman televisyen menunjukkan kereta tenggelam sebahagiannya dan menghadapi masalah untuk bergerak di kawasan tengah Qassim, antara kawasan paling teruk dilanda banjir.

“Hujan berterusan selama tujuh jam dari tengah hari hingga hampir tengah malam,” kata Encik Mohammed, seorang penduduk di Buraidah, ibu kota Qassim.

“Air naik hingga lebih 10 sentimeter di depan rumah dan menghalang kami keluar ke jalan raya. Bunyi guruh sangat kuat dan kilat menerangi kota ini.”

Pusat kaji cuaca Arab Saudi mengeluarkan amaran merah bagi Qassim dan kawasan lain, termasuk ibu kota Riyadh dan Madinah, yang bersempadan dengan Laut Merah.

Ia memberi amaran tentang “hujan lebat dengan angin kencang, menjejas penglihatan, hujan batu dan petir”.

Sekolah di wilayah timur dan Riyadh ditutup dan pembelajaran dilakukan dalam talian.

Jabatan pendidikan Madinah menyiarkan pada X gambar pekerja penyelenggaraan membaiki unit elektrik dan penghawa dingin serta mengeluarkan air yang bertakung dari sekolah.

Laporan Sky News dan media lain yang tular di laman media sosial menunjukkan banjir kilat bermula pada 29 April di Al-Ula dan Madinah, menyebabkan banyak kenderaan hampir tenggelam dan dihanyutkan arus deras.


Rakaman yang dikongsi menunjukkan hujan lebat dan banjir berhampiran Masjid Al-Nabawi. Air bertakung sedikit di jalan raya Riyadh tetapi tidak terlalu mengganggu trafik. – Agensi berita.

Ribut, hujan dan banjir tidak pernah berlaku di Arab Saudi, terutama pada musim sejuk, dan bandar lebih besar dan lebih padat penduduk menghadapi masalah sistem saliran. – Agensi berita.


Masalah itu adalah kejadian tahunan di Jeddah, bandar pelabuhan di pantai Laut Merah, dengan penduduknya telah lama mengecam tentang infrastruktur yang buruk.


Banjir membunuh 123 orang di bandar itu pada 2009 dan 10 dua tahun kemudian.


Hujan lebat di Arab Saudi itu menyusuli hujan lebat pada pertengahan April yang membunuh 21 orang di Oman dan empat di Amiriah Arab Bersatu (UAE).


Pemanasan global yang disebabkan pelepasan bahan api fosil “kemungkinan besar” memburukkan lagi hujan itu, kata kumpulan pakar saintis dalam satu kajian yang diterbitkan minggu lalu. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >