Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bantuan bekalan hidupkan semula kedai roti Gaza

Apr 16, 2024 | 03:34 PM



GAZA: Suasana di salah sebuah kedai roti di Bandar Gaza kembali meriah buat kali pertama dalam tempoh enam bulan, sejak perang meletus antara kumpulan Hamas dengan tentera Israel.


Ini berikutan tibanya bantuan di bawah Program Makanan Sedunia (WFP), bagi menyediakan makanan yang amat diperlukan di bahagian wilayah yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Laporan badan dunia itu menyuarakan amaran tentang kebuluran yang akan berlaku sekiranya bantuan tidak segera dihulurkan di wilayah tersebut.

Sambil menggenggam beg roti yang baru dibakar, Encik Abdelrahman al-Jadba, berkata beliau berasa lega kerana dapat memberi makan kepada anak-anaknya.

Beliau bercerita dengan memberikan gambaran bagaimana sebelum ini beliau terpaksa memberi keluarganya makan roti yang diperbuat daripada tepung yang sudah bercampur pasir.

“Kami berdoa kepada Tuhan agar perkara ini berterusan,” katanya.

Serangan Israel di Jaluran Gaza telah mengubah sebahagian besar wilayah itu menjadi “kawasan lapang yang terbiar, dek malapetaka yang dilakukan oleh manusia” sejak Oktober 2023, ekoran tindak balas tentera Israel terhadap serangan kumpulan Hamas.

Israel telah menghadapi tekanan antarabangsa yang meningkat, mendesaknya supaya membenarkan lebih banyak bantuan masuk ke Jaluran Gaza, sejak ia menyasarkan konvoi bantuan pada 1 April, membunuh pekerja bantuan antarabangsa.

WFP berkata ia telah menggunakan laluan baru yang diselaraskan, untuk menyampaikan bantuan ke utara Gaza. Ia menghantar lebih 1,300 tan metrik bungkusan makanan dan tepung gandum, melalui sembilan konvoi.

“Pada Sabtu (13 April), WFP berjaya menghantar bahan api yang cukup untuk empat, lima hari dan tepung gandum, ke kedai roti di Bandar Gaza untuk menghasilkan 14,000 bungkusan roti setiap hari.

“Ini merupakan penghantaran pertama sejak permulaan perang,” kata seorang jurucakap WFP.

“Penghantaran perlu diulang secara kerap. Kami merancang untuk menambah kiriman kepada tiga lagi kedai roti Bandar Gaza.” – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >