Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anak bongsu Jokowi calon Datuk Bandar Bekasi?

Pencalonan Kaesang telah disahkan oleh penyokong presiden dan naib presiden, Prabowo Subianto dan Gibran Rakabuming Raka.
May 09, 2024 | 02:03 PM



JAKARTA: Selepas dipertimbangkan sebagai calon sama ada dalam pemilihan gabenor Jakarta atau Datuk Bandar Surakarta, anak bongsu Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo, Encik Kaesang Pangarep, yang juga pengerusi Parti Solidariti Indonesia (PSI), kini dicadangkan sebagai salah seorang calon dalam pemilihan Datuk Bandar Bekasi di Jawa Barat.


Pencalonan itu disahkan penyokong presiden dan naib presiden, Encik Prabowo Subianto dan Encik Gibran Rakabuming Raka.

Encik Gibran adalah anak sulung Encik Jokowi.

Sebuah kumpulan yang menggelarkan diri sebagai Sukarelawan Kebangsaan Pro Prabowo-Gibran (Pa-Gi) berkata, ia telah mengumpulkan borang pendaftaran calon Datuk Bandar yang berpotensi di Bekasi, di pejabat Parti Kebangkitan Negara (PKB) pada 6 Mei, bagi pihak Encik Kaesang.

Pengerusi Pro Pa-Gi, Encik Ricard Efendi Siregar, berkata tindakan itu diambil “untuk memenuhi kehendak dan permintaan penduduk Bekasi” yang mahu Encik Kaesang menjadi ketua mereka, lapor The Jakarta Post.


“Kami telah menjalankan tinjauan dan menyebarkan (maklumat), dan ternyata penduduk Bekasi memerlukan perubahan positif pada masa hadapan,” kata Encik Ricard pada 6 Mei, seperti dilaporkan oleh tribunnews.com.


Mereka juga dilaporkan telah memaklumkan PSI mengenai perkara itu.

Sebelum ini pada Januari, Encik Kaesang melawat Bekasi sebagai pengerusi PSI dan mengagihkan bungkusan sembako (makanan keperluan asas) kepada orang ramai.

Terpulang kepada Encik Kaesang untuk menyerahkan kertas kerja sebagai pengesahan pencalonannya.

Bekas ahli perniagaan, Encik Kaesang, yang pertama kali terjun ke dunia politik pada September 2023, untuk menjadi pengerusi PSI, sedang dipertimbangkan sebagai calon dalam pelbagai pilihan raya wilayah.


Beliau sebelum ini dicadangkan sebagai calon datuk bandar Surakarta di Jawa Tengah bagi menggantikan abangnya, Encik Gibran, yang memenangi pilihan Raya Presiden pada 14 Februari bersama-sama presiden yang dipilih, Encik Prabowo.


Baru-baru ini, Encik Kaesang juga dipilih oleh PSI untuk dicalonkan sebagai Gabenor Jakarta kerana beliau yang berusia 29 tahun itu, dipercayai “tokoh terbaik” untuk jawatan tertinggi itu, kata wakil parti itu pada Mac. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >