Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

DPM Wong: Saya sanggup ambil keputusan sukar demi kebaikan negara, rakyat S’pura

Bakal PM berkata demikian dalam temu bual bersama The Economist, apabila ditanya apakah beliau melihat dirinya sebagai pemimpin bersemangat waja.
May 09, 2024 | 04:16 PM



Timbalan Perdana Menteri (DPM) Lawrence Wong, yang mengambil alih sebagai perdana menteri keempat Singapura pada 15 Mei, berkata beliau akan mengambil keputusan yang sukar jika perlu, seperti yang dilakukan pemimpin pengasas negara ini.

“Saya percaya apabila keadaan terdesak dan tiba masanya untuk mengambil keputusan sukar, saya akan berbuat demikian, selagi keputusan itu adalah demi kepentingan Singapura dan rakyat Singapura,” kata beliau.

DPM Wong berkata demikian dalam satu temu bual bersama The Economist pada 6 Mei, apabila ditanya sama ada beliau melihat dirinya sebagai seorang pemimpin yang mempunyai “besi dalam dirinya” (bersemangat waja).


Ungkapan terkenal itu diucapkan oleh Perdana Menteri Pengasas, mendiang Encik Lee Kuan Yew, yang berkata mutu sedemikian penting bagi sesiapa sahaja yang mentadbir Singapura.

Ditanya lebih lanjut apakah jawapannya bermakna beliau melihat dirinya dalam acuan pemimpin tegas yang memaksa orang ramai melakukan apa yang mereka tidak mahukan, DPM Wong menjawab: “Saya adalah saya.”

“Saya mendengar dengan teliti pandangan semua orang. Apabila saya pergi ke mesyuarat, saya tidak mula dengan menganggap bahawa saya tahu semua jawapannya. Saya mahu mendapatkan pandangan orang ramai, saya mahu mendapatkan perspektif orang ramai, dan kemudian memikirkan apakah keputusan dan hasil terbaik untuk Singapura.”

Meskipun beberapa keputusan mungkin tidak popular, ia berputik daripada keyakinan bahawa ia adalah yang betul untuk diambil, katanya.

DPM Wong, yang juga Menteri Kewangan, memberi contoh kenaikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) baru-baru ini daripada 7 peratus kepada 9 peratus, serta pandemik Covid-19, apabila sekatan ke atas perhimpunan sosial dilaksanakan.

“Rakyat Singapura boleh berasa terjamin bahawa saya akan berupaya mengambil keputusan demi kepentingan terbaik untuk Singapura dan rakyat Singapura dan menjelaskan kepada mereka mengapa keputusan sukar itu perlu,” tambahnya.

Dalam temu bual itu, DPM Wong turut ditanya tentang politik di Singapura, “asuhan yang diterimanya” dan kesan terhadap popularitinya dalam kalangan pengundi, serta bagaimana keputusannya untuk mengekalkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong sebagai menteri kanan dalam Kabinet barunya mungkin menghalang pemimpin politik generasi keempat “bersuara”.

“Latar belakang saya adalah seadanya. Jika ia membantu dalam membuat rakyat Singapura lebih memahaminya, itu lebih baik,” kata DPM Wong, yang dibesarkan di estet Lembaga Perumahan dan Pembangunan di Marine Parade.

Beliau menuntut di Sekolah Menengah Teknikal Tanjong Katong kerana ia berhampiran rumahnya dan kemudian di Maktab Rendah Victoria. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat atas biasiswa pemerintah dan menyertai perkhidmatan awam pada 1997.

DPM Wong menyatakan bahawa rakyat Singapura adalah “pengundi arif dan bijak”, sambil menambah: “Saya tidak ragu-ragu bahawa selepas semua perkara diambil dalam pertimbangan, mereka akan mengharapkan saya untuk merungkaikan perkara yang mereka ambil berat – memberikan kehidupan lebih baik, memberikan mutu kehidupan lebih baik untuk diri mereka dan anak-anak mereka.”

Jika beliau dan pasukannya tidak dapat memenuhi jangkaan itu dan pasukan yang lebih baik muncul, rakyat Singapura akan membuat pilihan sewajarnya, ujar beliau.

DPM Wong menambah bahawa kehadiran pembangkang di Parlimen akan kekal, dan beliau tidak menganggap bahawa Parti Tindakan Rakyat (PAP) akan kembali berkuasa secara automatik selepas pilihan raya umum akan datang.

“Kami perlu melakukan yang terbaik untuk melibatkan rakyat Singapura, kami perlu melakukan yang terbaik untuk melibatkan mereka dalam keputusan yang mereka amat ambil berat, dan dalam membentuk masa depan kami, itulah sebabnya kami mula berbuat demikian dalam usaha Melakar Hala Tuju Singapura, melibatkan lebih ramai rakyat Singapura, bukan sekadar mendengarnya.”

Mengenai PM Lee mengambil peranan sebagai menteri kanan dalam Kabinet barunya, DPM Wong berkata ini adalah “tradisi Singapura yang sudah lama wujud” dan tidak pernah menghalang perdana menteri baru daripada menetapkan nada dan membuat keputusan sendiri.

Beliau tidak membayangkan sebarang kesulitan dalam hal ini, tambahnya.

“Setiap kali kami ada peralihan kepimpinan, kami tidak mengetepikan semua menteri lama dan kemudian membentuk pasukan baru yang lengkap. Kami menghargai menteri lebih berpengalaman, dan kami mengundang mereka untuk terus menyumbang dalam cara yang berbeza, dengan cara mereka sendiri,” ujarnya.

Menurut Encik Wong, beliau akan mengambil alih sebagai setiausaha agung PAP juga.

Beliau juga ditanya mengenai legasi yang ingin ditinggalkannya, dengan andaian bahawa beliau akan berkhidmat sebagai perdana menteri selama sedekad.

Encik Wong berkata transformasi Singapura sepanjang 60 tahun lalu adalah satu keajaiban, dan menambah bahawa ia adalah hasil kesungguhan kolektif rakyatnya.

“Realitinya, kami masih sebuah pulau sangat kecil dalam dunia luas dan berbahaya, yang akan menjadi lebih berbahaya pada tahun-tahun akan datang,” kata beliau.

“Misi saya ialah mengekalkan keajaiban ini selama yang saya boleh. Dan memastikan ‘Titik Merah Kecil’ kami terus bersinar terang selama mungkin.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >