Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Presiden Halimah tidak akan tanding dalam Pilihan Raya Presiden akan datang

May 29, 2023 | 04:28 PM



PRESIDEN Halimah Yacob tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Presiden akan datang.

Beliau mengatakan demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin, 29 Mei.

“Setelah pertimbangan yang sangat teliti, saya telah memutuskan untuk tidak bertanding bagi pelantikan semula,” kata Puan Halimah.

Mengenang pengalamannya berkhidmat sebagai presiden kelapan Singapura, Puan Halimah berkata ia sesuatu yang “sangat memberi inspirasi dan pada masa yang sama, merendahkan hati”.

Sejak menyandang jawatan tersebut pada 2017, matlamatnya ialah untuk membantu membangunkan masyarakat yang lebih penyayang. Katanya:

“Saya gembira saya tidak keseorangan dalam perjalanan ini.

“Saya telah disokong ramai warga Singapura yang berkongsi kepercayaan serupa.

“Dengan bekerjasama, kami mengukuhkan suara masyarakat dan meningkatkan kedudukan mereka yang memerlukan terutama golongan yang tidak bernasib baik dan terdedah dalam kalangan kita.”

Beliau menambah, sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau telah bertemu beribu warga Singapura daripada latar belakang dan umur yang berbeza yang telah berkongsi harapan serta impian mereka bagi negara ini.

“Kita semua disatukan oleh cinta kita terhadap Singapura, keinginan kita untuk melihat Singapura berjaya dan keazaman kita menjadikan negara ini tempat tinggal yang hebat bagi semua warga Singapura,” ujar beliau.

Puan Halimah turut berkongsi bahawa ramai pemimpin negara lain yang pernah ditemuinya menyuarakan kekaguman dan penghormatan mereka terhadap sistem pemerintahan Singapura yang baik, yang dikukuhkan lagi oleh perpaduan sosial yang kuat dalam masyarakat berbilang bangsa dan agama di sini.

“Saya akan sentiasa hargai kenangan indah bertemu dengan orang-orang yang telah saya temui serta pengalaman yang telah saya lalui sepanjang tempoh ini.

“Semua ini akan memberi inspirasi kepada saya untuk terus menyumbang kepada masyarakat dan negara dalam bentuk yang lain selama saya mampu berbuat demikian,” tambah beliau.

Puan Halimah turut melahirkan rasa terima kasih terhadap suaminya, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee dan keluarganya yang telah memberi “sokongan tidak terhingga” sepanjang tempohnya sebagai Presiden. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >