Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Gan: S’pura dalam kedudukan baik harungi perubahan rantaian bekalan

May 02, 2024 | 02:56 PM



Perubahan rantaian bekalan di peringkat sejagat sedang berlaku tetapi keyakinan terhadap Singapura akan memastikan masih ada tempat untuk republik ini dalam sebarang konfigurasi baru yang muncul, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong.

“Jangan salah sangka, akan ada cabaran di hadapan,” kata beliau kepada media Singapura dalam temu bual pada 1 Mei di akhir lawatan rasmi empat harinya ke Washington.

Beliau berada di sana bagi menyertai acara memperingati 20 tahun mercu tanda perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Amerika Syarikat, lapor The Straits Times (ST).


“Dunia ini sangat berbeza ketika kita memulakan FTA 20 tahun lalu.

“Tetapi perdagangan akan terus menjadi bahagian penting dalam ekonomi sejagat yang akan membolehkan barangan dipindahkan dan perniagaan dilakukan,” katanya sambil menepis senario malapetaka mengenai perdagangan yang menjadi perhatian hari ini.

Presiden Amerika, Encik Joe Biden, mahupun pesaingnya daripada Parti Republikan, Encik Donald Trump, tidak menunjukkan semangat yang tinggi terhadap perdagangan menjelang Pilihan Raya Presiden pada 5 November.

“Ia mungkin tidak sama seperti 20 tahun lalu, lebih banyak perhatian diberikan hari ini kepada keselamatan negara, kepada daya tahan rantaian bekalan,” kata Encik Gan.

Beliau kepada persaingan geopolitik yang semakin meningkat dan dasar perlindungan yang telah menjejas prospek perdagangan sejagat.

“Jadi, akan ada penstrukturan dan penempatan semula rangkaian perdagangan dan rantaian bekalan. Dan dalam proses itu, akan ada peluang,” ujar Encik Gan.

Singapura, sebagai hab perdagangan sejagat, pelancongan, perkhidmatan kewangan, aliran data dan banyak kegiatan lain, tidak akan terjejas jika ia berjaya memanfaatkan reputasinya sebagai persekitaran yang boleh diramal dan memudahkan perniagaan, jelas beliau.

“Sebagai hab, kami mahu menjadi paksi utama dalam rantaian bekalan. Dan jika kita dapat mencari kedudukan yang sesuai di dalamnya, maka kita boleh memanfaatkan kekuatan kita untuk menjadi rakan kongsi yang dipercayai dalam rantaian bekalan,” kata Encik Gan.

“Kita sedang berbincang dengan Amerika, sebagai contoh, bagaimana Singapura boleh mengambil bahagian dalam rantaian bekalan kebanyakan industrinya,” tambahnya, sambil menyatakan bahawa kira-kira 6,000 syarikat Amerika beroperasi di Singapura.

“Syarikat-syarikat sangat mengenali persekitaran Singapura, dan mereka tahu bahawa Singapura adalah rakan kongsi yang dipercayai.

“Akan ada peluang untuk kita rebut, dalam penyusunan semula rantaian bekalan ini, sama ada Singapura akan dapat mencari tempat, memainkan peranan,” kata beliau.

Dalam sesi dialog anjuran The Economic Club of Washington, Encik Gan menghuraikan perubahan yang mengubah landskap ekonomi sejagat.

Ketika ditubuhkan pada 1986, kelab itu membantu membina hubungan antara masyarakat niaga di ibu negara Amerika dengan komuniti diplomatik.

Dalam sesi dialog itu, Encik Gan turut menyatakan peralihan dalam sikap dari 2004 – apabila negara-negara berusaha mengurangkan halangan perdagangan – hingga hari ini, apabila mereka dibahagikan ekoran ketegangan geopolitik antara Amerika dengan China, serta peperangan dan konflik di Eropah dan Timur Tengah.

Beliau memberi amaran bahawa penstrukturan semula rantaian bekalan semasa perlu dilakukan dengan betul.

“Jika anda tidak melakukannya dengan berhati-hati, ia akan menambah kos kepada sistem ekonomi sejagat,” kata beliau lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >